Tuesday, June 29, 2010

Bagaimana cicak melekat pada dinding?



Kemampuan cicak untuk melekat pada dinding bukanlah disebabkan oleh bahan kimia tetapi sebenarnya ia disokong oleh faktor geometri.

Penemuan saintis mendapati kaki cicak memainkan peranan besar dalam memastikan haiwan tersebut mampu melekat pada dinding atau bahagian siling bangunan.


Ia adalah disebabkan oleh helaian bulu-bulu halus pada tapak kaki cicak berfungsi untuk menghasilkan kuasa tarikan di antara molekul-molekul.

Di bahagian tapak kaki cicak terdapat berjuta-juta helaian bulu mikroskopik yang lebih halus daripada rambut manusia.

Bulu-bulu itu pula terbahagi kepada 1,000 bahagian kecil yang mana ia hanya boleh dilihat melalui mikroskop elektron.

Bentuk helaian rambut nipis itu turut memainkan peranan penting dalam menentukan kemampuan cicak untuk memanjat dinding dan bergayut di siling.

Cicak akan menggunakan tumit untuk melekat dan mencengkam kakinya pada permukaan dinding.

SZ: beberapa kali tengok filem Cicak-Man.

No comments:

Related Posts with Thumbnails