Tuesday, June 22, 2010

2 JUTA??


Menurut laporan media terdapat 2 juta blogger di Malaysia. Ini juta bermakna aku salah seorang daripada 2 juta blogger tersebut. Kalau dibandingkan aku dengan blogger lain di Malaysia, ini bermakna aku : blogger lain di M'sia = 1: 1, 999, 999. Ish..ish kecilnya aku. Itu belum dibandingkan dengan blogger di Asia Tenggara atau di seluruh dunia. Lagi kecillah aku...

Namun, dari 'dunia yang kecil' inilah aku akan menyampaikan apa sahaja yang terpendam dalam fikiran aku. Aku boleh berkongsi ilmu dan idea dengan orang yang mungkin menyukai atau tidak menyukai apa yang aku catatkan. Itu lumrah alam....

Melalui blog juga aku mendapat ramai rakan baru yang mempunyai minat yang sama dengan aku iaitu menulis blog. Bertuahnya aku... dengan menerobos alam siber, aku memperolehi banyak ilmu baru daripada rakan-rakan dan orang-orang yang pakar dalam bidang masing-masing.

Jika anda blogger dari Malaysia dan jika statistik yang diberikan adalah benar............ anda 1 daripada 2, 000, 000.

No comments:

Related Posts with Thumbnails