Friday, May 14, 2010

Kutub Utara Menjadi Cair Bila Suhu Dunia Meningkat....

Catat rekod ternipis dalam sejarah walaupun di musim sejuk.

Baru-baru ini, saintis telah mendapati ais di kutub utara semakin mencatatkan tahap paling nipis dicatatkan dalam sejarah. Malah ia berlaku ketika musim sejuk di sana dan lebih mengejutkan lagi, musim sejuk ketika itu dikatakan lebih sejuk dari yang direkodkan pada tahun lepas. Tetapi, kadar kecairan ais masih lebih tinggi daripada kadar pembekuan.

Sebelum ini, ais di kutub utara telah mencair pada tahap yang tinggi pada musim panas sehingga mewujudkan laluan perairan baru.

Laluan perairan baru yang wujud akibat pencairan ais

Menurut Walt Meier of National Snow and Ice Data Center di Colorado, jumlah keseluruhan ais di kutub utara telah merosot 10% berbanding yang dicatatkan pada 2007. Malah, berdasarkan pemerhatian NASA sejak 30 tahun lepas juga menunjukkan trend penurunan jumlah ais yang konsisten. Ini sekaligus membuktikan bahawa planet kita semakin ke arah pemanasan global.

Namun begitu, Jay Zwally dari NASA's Goddard Space Flight Center berpendapat jika musim sejuk berlaku lebih lama seperti yang dijangkakan pada tahun ini, lapisan ais yang baru akan muncul lalu mencapai ketebalan yang mampu mengharungi musim panas akan datang. 'Ais dari laut ini memerlukan 7-8 tahun untuk mencapai ketebalan sehingga 5 meter.

Tetapi, jika trend penurunan jumlah ais ini terus berlaku, beliau meramalkan kutub utara bakal menjadi zon bebas ais pada musim panas menjelang tahun 2013.

Apa yang akan berlaku apabila tiada lapisan ais di kutub utara ?

Lapisan ais ini sangat berguna kepada Bumi kerana ia bertindak memantulkan sejumlah cahaya matahari bersama haba ke angkasa lepas sekaligus mengekalkan suhu air laut di bawah permukaan ais kutub tersebut. Tanpa lapisan ais tersebut, air laut akan terdedah kepada haba lalu menaikkan suhu air laut tersebut. Lama-kelamaan, ais akan mencair dan meningkatkan paras air laut di seluruh dunia. Kawasan pinggir laut yang rendah akan tenggelam dan akan mengubah keadaan geografi di seluruh dunia dan seterusnya memberi kesan yang amat ketara kepada kehidupan manusia.

2 comments:

Anonymous said...

hoh! ngeri woo kalau bajir 1 dunia. habis semua tenggelam

Shaiful Zaidi said...

Memang ngeri, so kita mesti ambil langkah utk kurangkan pemanasan global. Antaranya ialah elakkan penggunaan CFC dan jangan lakukan pembakaran terbuka.

Related Posts with Thumbnails