Wednesday, April 14, 2010

Kami Prihatin


Saya pening kepala memikirkan apa yang menimpa masyarakat kita pada hari ini. Melalui media massa, setiap hari ada sahaja berlaku bermacam-macam kes jenayah, penagihan dadah, pembuangan bayi dan pelbagai gejala sosial yang lain.

Fokus saya ialah kepada foto di atas iaitu masalah pembuangan bayi. Kesiannya melihat bayi yang dibuang di atas. Betapa menderitanya dia sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Kelihatan semut-semut kecil sedang menggigit bayi yang masih bertali pusat itu. Siapa yang sanggup membuangnya? Apakah hanya golongan remaja yang terlibat dengan seks bebas sanggup berbuat demikian...atau siapa lagi??? Kenapa gejala ini berlaku? Tidak cukupkah didikan agama dan moral yang diterima sama ada secara formal atau informal di rumah dan di sekolah?

Justeru itu, saya amat menyokong kempen Kami Prihatin yang dilancarkan oleh Utusan Malaysia. Mungkin sehari dua ini kita masih mendengar berita tentang pembuangan bayi kerana mereka yang terlibat belum cukup sedar. Kesedaran boleh dipupuk dalam jangka panjang dan memerlukan usaha yang berterusan dan kesabaran yang tinggi.

Seluruh jentera dalam masyarakat bermula dengan individu, keluarga, organisasi sosial, NGO dan kerajaan perlu mengembleng tenaga bagi menjayakan kempen ini.

1 comment:

Anonymous said...

Dunia akhir zaman.mak bapak perlu berikan didikan agama yg kukuh sejak dr kecil.

Related Posts with Thumbnails