Thursday, March 18, 2010

Rumah Titian Kasih 3

Pada 17 Mac 2010, saya bersama keluarga berkesempatan sekali lagi berkunjung ke Rumah Titian Kasih, Jln Maran, Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seperti biasa kunjungan kami disambut dengan mesra oleh Kak Pah. Lama kami tidak bertemu Kak Pah. Kak Pah kelihatan agak kurus sedikit berbanding dahulu, mungkin kerana keletihan menguruskan RTK. Alhamdulillah, Kak Pah telah selamat menunaikan haji pada tahun lepas atas tajaan pihak JAWI. Kunjungan kali ini agak istimewa kerana berpeluang melawat sebuah lagi RTK, tidak jauh dari RTK pertama. RTK pertama menempatkan 120 orang kanak-kanak lelaki, manakala RTK kedua menempatkan 80 orang penghuni iaitu kanak-kanak perempuan, ibu-ibu tunggal dan OKU.

Kepada sesiapa yang ada kelebihan dari segi kewangan dan harta-benda, sumbanglah kepada RTK untuk mereka 'survive'. Anda boleh lawati www.rumahtitiankasih.blogspot.com untuk keterangan lanjut.





No comments:

Related Posts with Thumbnails