Wednesday, March 3, 2010

FACEBOOK

FACEBOOK merupakan laman sesawang yang sangat popular pada masa kini. Facebook telah dicipta oleh Mark Zuckenberg, seorang pelajar Universiti Harvard bersama beberapa orang rakan iaitu Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hudges. Pada awalnya, Facebook hanya digunakan oleh pelajar-pelajar Universiti Harvard. Kemudian ia berkembang terus berkembang sekitar Boston dan akhirnya berkembang ke seluruh dunia. Kini, dianggarkan lebih 400 juta orang menjadi pengguna Facebook.
Apakah kelebihan Facebook? Mengapa begitu ramai orang menggunakan Facebook? Facebook membolehkan komunikasi secara dua hala atau individu/organisasi. Facebook juga mempunyai pelbagai jenis aplikasi seperti secara permainan dalam talian, perkongsian foto dan video, bilik sembang, dan pelbagai lagi aplikasi yang sangat menarik.
Pengguna Facebook juga boleh berkongsi pendapat tentang sesuatu isu sama ada pro atau kontra. Facebook juga membolehkan kita menghubungkan semula silaturrahim antara sahabat atau saudara yang telah lama terpisah. Facebook juga membantu seorang pemimpin berinteraksi secara terus dengan rakyat jelata tanpa karenah birokrasi. Selain itu, seorang selebriti seperti penyanyi atau tokoh masyarakat juga boleh berkomunikasi dengan peminat mereka dengan mewujudkan laman penyokong atau laman peribadi.

Melalui Facebook juga, kita boleh mewujudkan satu jaringan perniagaan dalam talian yang mempunyai pasaran yang cukup luas. Apa yang saya nyatakan di sini, hanyalah sebahagian daripada 1001 impak positif Facebook.
Walau bagaimanapun, Facebook turut memberi kesan negatif jika disalahgunakan. Isu-isu keselamatan, kerahsian maklumat dan penyelewengan turut mendominasi Facebook. Ada orang yang menggunakan Facebook untuk menyebarkan fitnah, ada orang yang mencela orang lain dan ada pula orang yang sanggup menipu orang lain menggunakan Facebook.
Antara kes yang dilaporkan oleh media massa ialah kes rogol yang melibatkan pengguna Facebook yang baru dikenali, kes perceraian dan kes penghinaan terhadap orang. Selain itu, Facebook juga boleh digunakan untuk menyebarkan doktrin tertentu. Sebab itu, tak hairanlah beberapa buah negara seperti Syria, Iran, China dan Vietnam.
Jika anda belum mempunyai akaun Facebook, bukalah sekarang. Carilah faedah-faedah yang terdapat di dalam Facebook. Namun, janganlah anda terlalu leka menggunakan Facebook sehingga menjejaskan prestasi kerja atau terlibat dengan indikator-indikator negatif yang telah saya nyatakan.

2 comments:

Anonymous said...

eleh...mentang2 dh kena kat fb tuh,tls la pasal fb nih!!!

Shaiful Zaidi said...

Thanks for ur comment. I shall continue my writing about anything that related to me.

Related Posts with Thumbnails