Sunday, February 14, 2010

Reunion ex-B1 SMKTAA 1990-92





Pada malam Jumaat 11 Feb. 2010, satu pertemuan lima orang rakan sekelas semasa belajar di SMK Tunku Abdul Aziz telah diatur. Perjumpaan ini diadakan salah seorang rakan kami di Gurun, Kedah. Reunion yang ditunggu-tunggu ini terhasil setelah kami bersua kembali melalui laman sembang popular Facebook. Pada malam itu, dua orang datang dari Sg. Petani, seorang datang dari Pulau Pinang dan seorang yang sedang bercuti di kampung dari Nanjin, China. Sungguh gembira dan bertuah pada malam itu dapat bertemu dan berbual dengan kawan-kawan lama. Kami semua telah berkeluarga dan mempunyai kerjaya masing-masing. Reunion ini mungkin boleh dijadikan pemangkin untuk REUNION yang melibatkan lebih ramai rakan khususnya bekas pelajar SMKTAA, Simpang Empat, Kangkong.

No comments:

Related Posts with Thumbnails