Monday, May 25, 2009

Rumah Titian Kasih 2

Pagi tadi apabila saya membaca akhbar sisipan Mega, Utusan Malaysia perhatian saya tertumpu pada satu artikel iaitu tentang cabaran yang dihadapi oleh Pn Sharifah Bt Adlan, Pengetua Rumah Titian Kasih untuk membiayai kehidupan penghuni Rumah Titian Kasih, Tmn Tasik Titiwangsa. Tersentuh hati saya dengan jerih payah yang terpaksa dilalui oleh Kak Pah dan penghuni rumah kebajikan tersebut. Saya terus menelefon Kak Pah bertanya khabar dan mendengar sendiri cerita daripada Kak Pah. Ternyata Kak Pah memang seorang yang bersemangat kental, berjiwa besar dan sentiasa ingin menabur bakti.
Seperti dalam nota saya yang lalu, saya telah mengenali Kak Pah serta anak-anaknya iaitu sekitar tahun 2002. Ketika itu, Kak Pah bekerja di Pusat Tuisyen Tunas di Medan Idaman. Kak Pah memang seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Kak Pah juga bekerja sambilan sebagai pemandu teksi. Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah saya bersama Kak Pah dan anak-anaknya serta kerani pusat tuisyen pergi ke Senggarang, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan Pn Rozi, Pengurus Pusat Tuisyen Tunas. Kak Pah memandu van pergi dan balik. Pada masa itu, saya masih belum mahir memandu walaupun memiliki lesen.
Saya amat menghormati Kak Pah. Usianya hampir sebaya dengan ibu saya. Justeru itu, selepas berkeluarga saya membawa isteri dan anak beberapa kali bertemu Kak Pah dan penghuni rumah tersebut. Memang ramai insan di rumah itu yang memerlukan bantuan dan sumbangan daripada kita semua. Sama-samalah kita membantu ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kurang upaya dan semua penghuni Rumah Titian Kasih.

lawati:http"// http://www.rumahtitiankasih.blogspot.com/

1 comment:

Anonymous said...

Salam. saya pun agak terkejut dengan artikel di utusan bertarikh 25.05.09 tersebut. padahal, pada 23.05.09 saya baru saje menyertai xtvt mengecat rumah baru titian kasih di jalan mentakab. mak pah mmg seorang yang tabah.

Related Posts with Thumbnails