Thursday, January 8, 2009

Apabila Sekolah Dibom....

Bumi Palestin bermandi darah sekali lagi semenjak beberapa hari menjelang sambutan Maal Hijrah 1430. Nasib rakyat Palestin khususnya di Gaza amat menyedihkan dan sentiasa berada di dalam ketakutan. Sehingga kini lebih 600 orang penduduk di Gaza telah terkorban manakala ribuan yang lain tercedera angkara kezaliman dan kejahatan rejim Zionis Yahudi laknatullah. Lebih mendukacita, menurut berita terkini yang dilaporkan beberapa buah sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah dibom. Jurucakap Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Christoper Gunnes mengesahkan bahawa tiada seorang pun pejuang Hamas di kawasan itu seperti yang didakwa Israel. Pengeboman sekolah yang menyebabkan kematian lebih 48 orang termasuk wanita dan kanak-kanak yang berlindung di situ merupakan satu tindakan biadap dan wajar dikutuk oleh masyarakat antarabangsa termasuk sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat. Wajarkah institusi pendidikan dibom? Mengapa Zionis mengebom sekolah Palestin? Sebenarnya mereka mempunyai agenda tersendiri untuk meruntuhkan sistem yang memberi pendidikan dan latihan kepada warga Palestin. Seluruh masyarakat dunia perlu bersatu menentang kekejaman dan kezaliman Yahudi.

1 comment:

Anonymous said...

Sememangnya kita menentang habis-habis atas pengeboman sekolah Palestin. Puak Zionis yang kejam mesti dihabiskan dari dunia ini.

Related Posts with Thumbnails