Saya mengenali Kak Pah iaitu Penyelia Rumah Titian Kasih(RTK), Kuala Lumpur bermula pada tahun 2002. Ketika itu, Kak Pah bekerja sebagai pembantu di pusat tuisyen TUNAS di Danau Kota. Saya merupakan salah seorang tenaga pengajar di situ. Saya sungguh kagum dengan Kak Pah, melihat kecekalannya bekerja demi membesarkan tiga orang anaknya dan beberapa orang lagi anak angkatnya serta beberapa orang ibu tunggal. Sekali sekala saya singgah di rumah yang terletak berhampiran dengan Istana Budaya untuk melihat keadaan mereka. Ketika itu, keadaan rumah itu sangat daif dan tiada kelengkapan asas yang secukupnya. Pada penghujung tahun lalu, saya bersama keluarga berkesempatan berkunjung ke Rumah Titian Kasih. Ia telah berubah wajah, lebih ceria dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. RTK telah diberi liputan meluas oleh media massa dan seringkali dikunjungi oleh selebriti. Walau bagaimanapun, saya percaya RTK masih lagi menjalankan tanggungjawab sosialnya iaitu menyediakan kemudahan perlindungan kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yang terbiar yang memerlukan kasih-sayang dan pendidikan yang sempurna. Saya menyeru kepada orang-orang perseorangan dan badan korporat serta agensi kerajaan, teruskanlah menyumbang kepada RTK untuk membiayai pendidikan anak-anak yatim, yatim-piatu dan terbiar serta ibu-ibu tunggal. Kak Pah, teruslah berkhidmat kepada masyarakat. InsyaALLAH Kak Pah akan mendapat keredhaanNYA.
sila lawati: http://www.rumahtitiankasih.blogspot.com
1 comment:
:) bila pegi ni? rumah titian kaseh.
Post a Comment