Tuesday, March 9, 2021

Program Imarah Jumaat KMPP

KEPALA BATAS, 5 Mac 2021- Program Imarah Jumaat, anjuran Pusat Islam KMPP menjalankan aktiviti solat Subuh berjemaah (Sujud Sajadah), tazkirah ringkas dan sarapan percuma di Surau Annur KMPP. Program yang diilhamkan oleh bekas Pengarah KMPP, Tn Hj Rozaini Bin Ahmad ini telah dijalankan  pada setiap hari Jumaat selama 10 minggu pada semester 1 dan ditangguhkan untuk sementara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun demikian, Program Imarah Jumaat ini telah diteruskan semula bermula 5 Mac 2021 dengan menjemput Tuan Haji Rozaini yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah JPN Kedah sebagai tetamu jemputan.

Penyelaras program ini, En. Shaiful Zaidi Bin Che Ahmad  menegaskan bahawa program ini akan diteruskan pada semester kedua dengan pengisian yang lebih menarik bagi merealisasikan objektif program ini iaitu untuk melahirkan insan yg seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dgn Falsafah Pendidikan Negara.

(Sumber berita:Shaiful Zaidi bin Che Ahmad )

2 comments:

dear anies said...

bagusnya ada program sebegini ;-)

shaiful said...

Alhamdulillah

Related Posts with Thumbnails