Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bersua lagi kita di alam maya, walaupun saya jarang-jarang dapat menulis entri ketika ini. Alhamdulillah, semalam saya berjaya menamatkan kayuhan solo bermula dari kampung saya di Batu 9, Kota Sarang Semut ke Pendang Lake Resort di daerah Pendang.
Saya bertolak lebih kurang pukul 9.30 pagi dan melalui pekan Kota Sarang Semut, kemudian menuju ke Pendang melalui Kobah dan sampai di Pendang setengah jam kemudian. Saya singgah beberapa ketika di Pendang Lake Resort. Cantik kawasannya tetapi saya tak boleh lama di situ. Selepas itu, saya melalui laluan batas ban di tepi Sg Pendang dan singgah di rumah sepupu saya di Kg. Tanjung Radin. Setelah berehat setengah jam di situ sambil berbual-bual serta dijamu dengan juadah, saya meneruskan perjalanan ke pekan Tanah Merah. Kemudian meneruskan kayuhan ke pekan Tokai dan akhirnya sampai di pekan Simpang Empat. Akhirnya sampai balik ke kampung saya.
Dua kali saya terpaksa mendaki laluan yang agak tinggi merentas laluan keretapi. Segala kudrat terpaksa dikerah untuk melepasi laluan ini. Alhamdulillah misi saya kali ini berjaya.
Tunggu misi kayuhan seterusnya.
1 comment:
agak jauh juga tuu
Post a Comment