Friday, May 27, 2016

Dari Selising ke Pongsu Seribu.

Kolej Matrikulasi Kelantan
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah....akhirnya permohonan saya untuk bertukar ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah dilluluskan. Saya telah melapor diri dan bertugas di KMPP pada 23 Mei 2016 yang lalu. 

Setelah hampir dua tahun saya berulang-alik dari Laguna Merbok ke Selising, akhirnya saya dapat tinggal bersama keluarga semula.

Kini saya berulang-alik dari Laguna Merbok ke KMPP di Pongsu Seribu, Pulau Pinang yang terletak lebih kurang 32 km.

Dewan Al-Farabi, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Terima kasih kepada saudara mara dan rakan-rakan yang turut berdoa agar urusan saya dipermudahkan. 
Banyak pengalaman yang saya lalui di Kelantan, namun oleh kerana kesibukan dan faktor-faktor tertentu, ia tidak sempat saya kongsi di blog ini.

In sha Allah saya akan terus berblogging dan berkongsi cerita.

TERIMA KASIH!

9 comments:

dear anies said...

wahhh tahniah....

bla trn SP nnt bleh minta blanje ikan bakar ni ;-)

Shaiful Zaidi said...

@dear anies
terima kasih... in sha Allah boleh..

Orked said...

assalamualaikum encik!
(teringat time study kt matrix back in 2006. hehe. mengimbnau betol! :) )

pape pon tahniahh.. tp still 32 km eh.. boleh tahan tu. huhu

eh, ramai lecturers kite time study dulu duduk kat laguna tu :)

Shaiful Zaidi said...

Waalaikumussalam wbt.. 32km kalau ikut highway PLUS..kalau jln biasa lebih skit..
ya..mmg ada beberapa org rakan pensyarah tinggal di Laguna Merbok.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah dah dapat pindah bersama keluarga kembali. 32km boleh tahan lagi. Kira masih bawah 50km ok lah.

Shaiful Zaidi said...

Alhamdulillah.. Ya.
Sebelum ini lebih 300km sehala..

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah dan tahniah...
namun akak pasti kelantan memberi seribu kenangan pada En Shaiful,kan...

Shaiful Zaidi said...

Terima kasih akak.. Ya..Byk kenangan di bumi serambi Mekah.

ANIM said...

Assalamualaikum wbt...
Tahniah shaiful. baru dapat jalan sini. Alhamdulillah..dapat berkumpul semula bersama isteri dan anak tercinta..

Related Posts with Thumbnails