Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan semua?
Saya sebenarnya berada dalam dilema...nak balik ke tidak ke Laguna Merbok? Esok cuti umum pulak..
Semalam berlaku runtuhan di jalan Timur Barat tidak jauh dari R & R Titiwangsa. Hari ini jalan Jeli ke Gerik telah ditutup. Jalan itulah yang memang menjadi laluan saya hampir setiap minggu.
Tanah runtuh di jalan timur barat |
Sekarang hujan masih turun di sekitar sini namun kawasan sekitar ini tidak mengalami banjir seperti di tempat lain....Alhamdulillah.
Banjir di Manik Urai |
Jalan alternatif ialah melalui Lojing di Gua Musang dan ke Cameron Highlands. Tetapi di sana juga mengalami banjir. Nak naik keretapi pun tak boleh kerana laluan Kuala Krai juga banjir. Satu-satunya pilihan terakhir ialah menaiki kapal terbang dari Pengkalan Chepa ke Kepala Batas, Alor Setar atau ke Pulau Pinang. Itu pilihan terakhir yang saya ada.
Banjir di Tok Bali, Pasir Puteh. |
Kawan-kawan di luar sana...tolong doakan agar keadaan banjir di Kelantan tidak menjadi lebih serius.
3 comments:
Doa kakak bukan saja utk banjir di Kelantan bahkan juga semua yg dilanda banjir mohon moga Allah segerakan ianya berlalu dan dipermudahkan urusannya...
Sedih dan bimbang...
Tak susah ke nak gi airport? Tumpang bimbang gak sebab family ada kat sana. Semoga baik2 aje...terus berdoa ye
Memang risau melihat keadaan banjir tahun ini. Semoga ianya tidak bertambah buruk dan segera pulih...amiin.
Post a Comment