Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menara Alor Setar merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Dah lama teringin nak melihat pemandangan dari atas menara ini.
Akhir pada hari Sabtu yang lalu, keinginan tersebut tercapai. Bertuahnya dapat melihat pemandangan bandaraya Alor Setar dan sekitarnya dari menara tersebut. Bagi yang tak biasa mungkin terasa gayat berada pada ketinggian ini.
Menara Alor Setar patut menjadi destinasi pilihan pelancong-pelancong tempatan dan luar negara. Kadar bayaran yang dikenakan ialah RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak.
Cuti sekolah nanti bolehlah bawa family anda ke sini.
4 comments:
akak baru sekali naik menara tu...
Cantik tengok tempat ni waktu siang. Nampak semuanya.
xpernah naik lgi...
Pss...thanks..alhamdulillah berjaya masuk quarter esok...
Kali terakhir sampai Alor Setar, benda ni tak wujud lagi. Entah bila akan kembali nak merasa naik menara ni...
Post a Comment