Monday, November 24, 2014

Azan Berkumandang di Pasaraya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sejak menetap di Kelantan, beberapa kali saya mendengar laungan azan berkumandang di pasaraya. Tahniah kepada pasaraya Mydin di Kota Bharu yang memperdengarkan laungan azan di sistem siaraya mereka.

Pasaraya Mydin Kubang Kerian

Sekurang-kurangnya, ia dapat mengingatkan kita bahawa waktu solat telah tiba. Janganlah kita terlalu asyik berjual-beli ketika itu. Muslimin dan muslimat tak kira pelanggan atau pekerja pasaraya perlu menyegerakan solat.

Satu contoh yang boleh diikuti oleh pasaraya-pasaraya lain.

5 comments:

dear anies said...

ALhamdulillah..hrp2 pasaraya yg lain akn ikut jejak

Shaiful Zaidi said...

Ya.

Najib Ariyan Ali Basha said...

bagusnya... teringat kat KLIA2 (kalau tak salah) yg buat mengummuan kalau masuk waktu... bagus juga kalau azan... perlahan pun tak mengapa...

teringat masa pegi kat Cebu Pilipin, semua orang senyap sebelah petang (masa saya nak bayar) sebab ada doa dalam bahasa Tagalog... doa agama Kristian lah... rupanya semua pasaraya diorang memang ada dan semua orang senyap berdoa

Abam Kie said...

harap di Kedah pun akan buat cam tu gak!

Unknown said...

Alhamdulillah. Amalan yang patut dicontohi di mall-mall seluruh Malaysia :)

Related Posts with Thumbnails