Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ini saya ingin membawa anda meninjau ke tempat yang popular di negeri Kelantan. Jika anda sampai di Kedah, jangan lupa singgah di pekan Rabu. Jika anda sampai di Kelantan, jangan lupa singgah di Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak di pusat bandar Kota Bharu.
Saya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke lokasi ini pada minggu lepas setelah kali terakhir berkunjung ke sana pada tahun 1997.
Pasar Besar Siti Khadijah terletak bersebelahan dengan Masjid Al-Baroah. Jadi senanglah peniaga dan pengunjung beragama Islam untuk solat apabila tiba waktunya.
|
Masjid Al-Baroah |
Pelbagai jenis barangan dijual di sana seperti sayur-sayuran, kuih-muih dan makanan tradisional, barangan dapur, pakaian dan sebagainya.
|
Kedai menjual pelbagai jenis barang. |
Uniknya Pasar Besar Siti Khadijah ialah majoriti peniaganya terdiri daripada kaum hawa. Telahan saya...mungkin itulah sebabnya ia dinamakan Pasar Besar Siti Khadijah.
|
Pemandangan di tengah-tengah Pasar Besar Siti Khadijah. |
Macam-macam ada...Kuih-muih yang sangat pelbagai. Nasi tumpang pun ada.
|
Pelbagai jenis kuih-muih dan makanan tradisional dijual di sini. |
Kemudahan tandas yang selesa juga disediakan.
|
Tandas sejahtera |
Kalau sampai ke Kelantan, jangan lupa singgah di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.
5 comments:
satu je kena hati2...dalam buat tawar menawar harga barang,survey dulu di tempat lain...kadang2 mahal juga...lagi2 bila dengar kita berbahasa luar...apa2pun kuih muih sana sedap2 dan murah2 belaka...
Serok pergi pasar ni. Yang paling seronok boleh makan kuih muih yang jarang-jarang kita jumpa. Kat sini ada macam-macam.
Kalau mahu melihat bangsa kita pandai berniaga lihatlah di sini tempatnya..
dah berwarna warni skrg ni...dulu suram je ;-)
saya suka ke sini..pasar ni memang ikon kelantan kan?
Post a Comment