Bila muncul isu kebocoran soalan UPSR, teringat aku pada seorang sahabat yang telah pergi untuk selama-lama....
Seorang sahabat yang pernah bertugas sebagai pegawai di Lembaga Peperiksaan. Seorang pegawai yang pernah menguruskan urusan peperiksaan dengan penuh integriti.
Seorang sahabat yang pernah makan bersama dan sahur bersama suatu ketika dahulu...
Yang bekerja siang dan malam, juga hujung minggu..
Beberapa kali aku bertemu dengannya di perkarangan pejabatnya di Jln Duta dan kemudiannya di Putrajaya..
Kekadang aku menjemputnya di KLIA bila dia pulang dari outstation..kalau dia balik dari Sarawak, terubuk masam akan dibelinya dan dihadiahkan kepada aku..
Kali terakhir aku jumpa sahabatku ini selepas dia diserang angin ahmar..Dia peluk erat aku.
Rupa-rupanya itulah petanda pertemuan terakhir kami.
Bulan Ramadan tahun 2007, dia menelefonku dan kami berbual agak lama. Selepas beberapa hari raya Aidilfitri, aku menelefonnya, tapi dijawab oleh anaknya...Amin. Amin beritahu aku, ayahnya dah meninggal beberapa hari selepas Aidilfitri. Alangkah terkejut dan sedihnya aku.
Al-Fatihah buat arwah Abang Jamal@ Encik Jamaluddin.

6 comments:
semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman...semoga kuburnya menjadi salah satu dari taman2 syurga..
Alfatihah...
Alfatihah untuk Arwah Abg Jamal..
owh... Al Fatihah
Salam Singgah jgk bila ada kelapangan sikit hari ni & tq terus menyokong KA yer... bila ingatan itu dtg sedekahkan alfatihah
Terasa sedih
Post a Comment