Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat pagi...semoga anda semua ceria-ceria..
Suatu yang menarik dan patut dipuji di negeri Kelantan ialah suburnya penggunaan tulisan jawi. Di mana-mana sahaja anda boleh lihat tulisan jawi digunakan, samada di premis kerajaan, swasta atau persendirian. Premis perniagaan milik yang dimiliki oleh bukan bumiputera turut menggunakan tulisan jawi. Suatu yang agak sukar kita nampak di tempat lain.
Restoran Mcdonald's Kok Lanas |
Tulisan jawi yang makin dilupakan oleh generasi kini patut disegarkan dan digunakan secara meluas agar generasi Y dan Z kembali celik jawi. Memang usaha yang dijalankan di peringkat sekolah rendah seperti j-QAF ialah usaha yang baik untuk memperkasakan pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran tulisan jawi, al-Quran , Bahasa Arab dan Fardu Ain. Namun penggunaan tulisan jawi di tempat-tempat awam dapat meningkatkan lagi martabat tulisan jawi. Penggunaan tulisan jawi secara meluas seperti ini patut dicontohi di tempat-tempat lain.
Tulisan ini hanya pendapat saya berdasarkan pemerhatian selama lebih 2 minggu berada di negeri Kelantan.
6 comments:
even premis non muslim pun letak tulisan jawi...
Sejujurnya itulah salah satu sebab walau kakak bukan org Kelantan tapi kakak suka cara pemerintah di Kelantan. Yg baik tapi tak ramai yg nak ikut- entahlah dimana silapnya.
rasanya di Kedah ada juga tapi tak banyak..benda baik patut dicontohi..
Masa Kedah SEjahtera dulu pon macam tu en.shaiful..skrg tak dahhhhh..
(T T)
dan takde iklan yg menunjukkan rambut wanita..:)
Bagus. Harap tak hilang tulisan jawi dalam jiwa orang Islam. Orang lain baca surat hkbar dengan tulisan mereka. Tetapi kita jarang sangat nak jumpa yang baca akhbar macam mereka.
Post a Comment