Hadith:
Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.�
Huraian Hadith:
1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.
2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.
3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.
4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.
Kenapa Dinamakan Malam Al-Qadr?
Maksud Al-Qadr dapat diterjemahkan kepada dua makna :
1. Kedudukan yang tinggi seperti apabila kita menyebutkan di dalam bahasa Arab – فلان ذو قدر iaitu “dia seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi”.
2. Penentuan hukum dan pemberian hak manusia. Hal ini kerana pada malam Lailatul Qadar Allah S.W.T. menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke langit dunia yang di dalamnya terkandung pelbagai hukum dan panduan kehidupan manusia.
Waktu Berlakunya Malam Al-Qadr
Perselisihan para ulama’ kemudiannya tertumpu kepada beberapa perkara :
1. Adakah ia hanya berlaku dalam bulan Ramadhan?
• Kebanyakan mereka mengatakan ia hanya khusus pada bulan Ramadhan berdasarkan firman Allah S.W.T. :
شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان
Ertinya : Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran.Firman Allah S.W.T. lagi :
إنا أنزلنه في ليلة القدر
Ertinya : sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam Al-Qadr.Maka berdasarkan dua ayat ini, malam Lailatul Qadar adalah malam yang diturunkan padanya Al-Quran.
• Sebahagian Mereka mengatakan ia berlaku bukan sahaja dalam bulan Ramadhan malah turut berlaku dalam bulan-bulan yang lain.
Credit to: http://wanfauzi.com/keistimewaan-lailatul-qadar-malam-seribu-bulan/
SZ: Semoga kita dapat bertemu dengan Lailatul Qadar dan diberi keampunan daripada Allah.
5 comments:
opis sy beri pelepasan utk 10 ramadan terakhir utk hadir lewat...
Bestnya....baiknya bos.
Dapatlah menggandakan amal ibadah pd 10 mlm terakhir.
p/s kopitiam kita
@ jln pengkalan chepa tmn desa jaya
semoga kita bertemu dengan nya tahun ni
amin
sama2 kita berpesta amal ibadah pada 10 malam terakhir ni.
Post a Comment