Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini saya pulang ke kampung dan kesempatan ini diambil untuk bersiar - siar sekitar kampung.
Musim penanaman padi baru sahaja bermula. Anak - anak padi baru sahaja tumbuh menghijau. Ada juga pesawah yang tengah membajak bendang mereka.
Alhamdulillah hujan rahmat turun. Hujan amat diperlukan ketika ini supaya bekalan air yang cukup untuk anak padi. Inilah sebahagian kawasan jelapang padi di negeri Kedah Darul Aman.
|
Pam digunakan untuk memindahkan air dari tali air ke bendang. |
|
Tali air inilah yang menjadi tempat saya berlatih berenang suatu ketika dulu. |
|
Ada anak padi yang tidak tumbuh akibat serangan siput gondang emas. |
|
Tali air juga sumber protien. Ikan ditangkap dengan menggunakan tangkul. |
|
Jentera ini banyak berjasa kepada para pesawah. Ia membantu membajak sawah. |
9 comments:
Rs cm da lama xtgk sawah padi
setiap kali melepasi tol sg dua.... pasti pemandangan padi menjadi santapan mata..
cikgu org sungai limau ke? mcam dekat je kampung saya..(^_^)
Hari2 tengok sawah tapi x sama dgn sawah di kg sendiri ...
Ya ...betul cikgu.
Sejuk mata memandang....
Org Kota Sarang Semut...mmg dah dekat tu...
rindu plak kat kampung.. rumah taman, tapi tepi sawah padi..huhuu
http://ourlovebonding.blogspot.com/
sukanya suasana kg macam ni
tali air? tiba2 dengar joran kat dalam stor tu memanggil...
Post a Comment