Sunday, May 4, 2014

Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga Bandar Laguna Merbok.


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam telah berlangsung majlis pelancaran KRT  Bandar Laguna Merbok di Dataran Laguna.

Perasmian KRT Bandar Laguna Merbok oleh Ketua Pengarah JPNIN.
Penduduk BLM cukup bertuah kerana pelancaran KRT BLM telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Malaysia, Dato' Azman Amin Bin Hassan.
Hadiah cabutan bertuah.
Untuk pengetahuan anda,  terdapat lebih 4000 buah rumah di Bandar Laguna Merbok dan dianggarkan populasi penduduknya lebih kurang 15,000 orang. Kewujudan KRT di Laguna Merbok diharap meningkatkan perpaduan dan integrasi penduduk tanpa mengira latar belakang kaum, ideologi politik dan agama.
Ahli-ahli KRT Bandar Laguna Merbok bersama-sama dengan Ketua Pengarah JPNIN.
Selain itu, ia diharap dapat menambahbaik kawalan keselamatan di Bandar Laguna Merbok.
Sumber: Fb KRT Bandar Laguna Merbok

No comments:

Related Posts with Thumbnails