Tuesday, May 6, 2014

Kenangan Jamuan Mentor-Mentee di Khory Steamboat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Imbas kembali kenangan bersama mentee-mentee saya di minggu-minggu terakhir mereka belajar di KMTK. Jamuan yang dikendalikan oleh mentee-mentee sendiri diadakan di Restoran Khory Steamboat, Jln Tikam Batu, Padang Temusu, Sg. Petani.

Berselera mereka makan

Memang berbaloi makan kat sini coz terdapat pelbagai jenis hidangan dengan bayaran RM10 seorang (tidak termasuk minuman). Apatah lagi bawa student yang tengah membesar ni.. Makanlah sampai kenyang..
 
Antara hidangan  steamboat
 Murah dan sedap...Lagi pula yong tau fu yang dihidangkan adalah keluaran bumiputera. Kedai memproses yong tau fu tu terletak bersebelahan restoran tersebut.
Nasi goreng, bihun dan mee juga ada.
 Dikhabarkan restoran ini baru sahaja dibuka Januari lalu. RM10 tu adalah harga promosi...may be ia masih berlanjutan sampai sekarang.
Mentee-mentee sedang makan
Kalau nak pi, bolehlah call no. yang terdapat kat banner di bawah.


Terima kasih kepada mentee-mentee yang belanja saya makan.

5 comments:

Cik Misstree said...

Shaiful gembira belanja mereka makan yang pasti para pelajar lebih gembira apabila Shaiful menghargai dan belanja mereka makan.

Shaiful Zaidi said...

Memang plan nak belanja depa, tapi depa dah belanja saya dulu.

dear anies said...

sy ada bc kt 1 blog ni psl resto ni tp ntah knape ms g sn x teringat langsung nk pegi...
btw best nyer ada org belanja;-)

Shaiful Zaidi said...

Ye ke. ..nnt mai lg S.P, jgn lupa pi..

Unknown said...

terima kasih kerana membuat review di Khory Steamboat & Grill.
jika tuan/puan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk KHORY, silalah follow blog kami ==>> http://khoryproduct.blogspot.my/

Related Posts with Thumbnails