Monday, March 10, 2014

Usaha, Doa dan Tawakal :Moga MH370 ditemui.


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekarang ini heboh di media-media massa dan elektronik di seluruh dunia berita kehilangan pesawat Malaysian Airlines System (MAS), MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sebenarnya saya sentiasa mengikuti perkembangan berita ini khususnya melalui Astro Awani yang banyak membuat liputan sejak hari pertama kehilangan pesawat yang membawa 12 krew dan 227 penumpang. Syabas ASTRO AWANI!


Usaha-usaha untuk mengesan pesawat ini masih diteruskan dengan bantuan aset-aset ketenteraan dan agensi-agensi yang terlibat. Bantuan dari negara-negara asing khususnya dari ASEAN juga diterima. Moga usaha-usaha yang bersepadu ini akan berjaya menemui pesawat dan krew serta penumpang yang hilang.


Pelbagai teori dan andaian tentang kehilangan pesawat Boeing 777 ini. Namun kita sebagai manusia tidak harus berputus harap. Usaha-usaha perlu diteruskan. Selain itu, berdoalah kepada yang Allah Maha Esa untuk memberi kita petunjuk agar usaha-usaha mencari pesawat ini dipermudahkan.

Setelah segala usaha dibuat dan doa telah dipanjatkan. Maka bertawakallah kepada Allah. Moga Allah menunjuk jalan kepada kita.

Kepada saudara mara dan sahabat handai anak-anak kapal dan penumpang, bersabarlah dengan ujian ini. Moga MH370 dapat ditemui dalam keadaan selamat.

8 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga ada berita baik selepas ini.

Shaiful Zaidi said...

In sha Allah.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Doa terbaik..terus berdoa

BinMuhammad said...

Jangan putus harapan, teruskan berdoa. Semoga keajaiban menjelma...MH370 ditemui dan segalanya selamat.

Kniedaz said...

kita hanya mampu berdoa untuk mereka

Bunda_nora said...
This comment has been removed by the author.
Bunda_nora said...

Masih mengharap dalam pencarian Pesawat MH370..Allahuakbar..

#DoaBuatMH370 :(

Cik Misstree said...

Allahu'alam.

Related Posts with Thumbnails