Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan blogger semua? Alhamdulillah saya baru balik dari bercuti di Kuala Lumpur.
Maaf kepada rakan-rakan yang tinggal di sekitar K.L kerana saya tak berkesempatan bertemu dengan anda. Jadual terlalu padat dan kami pergi ke K.L secara berkonvoi dengan jiran di Laguna Merbok.
Antara tempat yang dikunjungi ialah Kidzania Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan IKEA, Mutiara Damansara. Kami menghabiskan masa hampir 5 jam di sini bermula pukul 10 pagi. Macam-macam aktiviti dilakukan oleh anak saya dan jiran di sini. Saya cuma memantau mereka dari luar setiap premis yang terdapat di situ. Bayaran masuk untuk kanak-kanak ialah RM60 seorang manakala untuk dewasa RM35.
|
Persembahan di Kidzania |
Memang berbaloilah bawa anak masuk ke sini. Di Kidzania, mereka dapat menimba ilmu dan pengalaman yang menyeronokkan tentang kerjaya-kerjaya yang diminati. Selain itu, mereka dapat bawa balik makanan, minuman, kraftangan yang dibuat. Ada juga yang mendapat upah berupa duit Kidzania.
|
Pembaca berita |
|
Pekerja TNB |
|
Polis |
|
Pembuat burger |
|
Pemanjat bangunan |
|
Saintis |
|
Doktor pakar |
|
Bomba |
dan banyak lagi...
Pernah datang ke KIDZANIA?
12 comments:
5 jam pasti tak mencukupi utk meneroka segala yg ada kat situ..
Si abang berdua tu dah p time cuti sekolah yang baru lepas ni..pakcik makcik diorang yang bawa..seronok sungguh depa
bestnya ke kidzania..harga tiket tu berbaloi rasanya dengan aktiviti yang ada..
belum penah jejak lagi... kalu ke IKEA mmg selalu ekekekke
betul akak..byk lg belum diteroka..
mmg menyeronokkan bagi kanak2 yg berpeluang masuk ke situ.
mmg berbaloi utk kanak2 tapi kurang berbaloi utk parent ... may be harga tiket utk adult patut dikurangkan.
nanti tlg temankan haifa ke Kidzania bila dia dtg lg..hehehe
SEronoknya!tak sabar tunggu anak besar sket bleh bawa menimba ilmu di sana (^-^)
elok sgt tu..hehehe
tentu seronok anak2kan kalau dapat kesana...
tiketnyer pun oklah...berbaloi rasanyer...banyak benda baru anak2 tu dapat...
anak2 x muak kan kalu dapt pergi sini selalu...comelnya la hai yang jadi pembaca berita tu...
Post a Comment