Friday, January 3, 2014

Riadah di Taman Jubli Perak, Sg. Petani.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah pagi Jumaat tadi saya berkesempatan berkunjung ke Taman Jubli Perak, Sg. Petani. Sempat jugak saya jogging 3 pusingan di sekitar taman yang lanskapnya menarik.

Taman Jubli Perak yang dibuka pada tahun 1983 ini memang lokasi yang dipilih oleh kebanyakan warga S.P untuk beriadah khususnya pada hujung minggu.

Selain taman permainan kanak-kanak, ia juga mempunyai kawasan bersangkar saiz besar yang menempatkan rusa dan burung-burung.

Walau bagaimana pun pihak berwajib harus memantau dan menyelenggara peralatan yang rosak.  Selain itu, kedapatan remaja - remaja yang sedang berdating turut mencacatkan sedikit pemandangan lanskapnya. 



No comments:

Related Posts with Thumbnails