Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan silent readers sekalian? Pernah dengar tentang telegram? Pada zaman dahulu ketika penggunaan telefon masih belum meluas, telegram merupakan medium untuk menyalur maklumat dengan cepat khususnya pada waktu-waktu kecemasan. Teringat lagi semasa saya kecil dahulu perkhidmatan Telegram sangat popular ketika itu.
Kini, Telegram muncul lagi. Namun dalam bentuk yang baru selari dengan perkembangan zaman teknologi telefon pintar dan android. Aplikasi ini boleh dimuatturun daripada PLAY STORE untuk pengguna android. Ia seakan-akan aplikasi Whatsapp. Ia membolehkan kita berkongsi foto, video dan lain-lain.Walau bagaimanapun, ia membolehkan kita berkomunikasi dengan 200 penggguna dalam satu kumpulan. Aplikasi Whatsapp hanya membenarkan 50 pengguna maksima dalam satu kumpulan dalam satu-satu masa.
Saya pun baru sahaja muatturun aplikasi ini di S3 saya. Belum explore habis. Kepada rakan-rakan yang belum download, bolehlah cari aplikasi ini di Play Store.
6 comments:
Nk ry jg la
saya dah install program ni dlm hp..
saya kena check dalam iPhone..
tq, baru tau
p/s teringat zaman telegram. caj berdasarkan bilangan perkataan, hii
saya dah install beberapa hari lepas. memang seronok bila dalam grup dapat himpun sehingga 200 orang. setakat ni telegram ni nampak lebih laju dan ringan berbanding whatsapp - blog -
perkhidmatan 'telegram' yg dimodenkan..:)
group dalam whatsapp pon kekadang sekali masuk mesejnya dah dekat 600++, sampai hang henpon dibuatnya, kalau telegram ni sampai 200 org 1 group... err, tak sanggup nak memikirkan.. hihihi
Post a Comment