Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini saya nak minta pendapat kawan-kawan, bagaimana caranya nak menghalau burung Merpati?
Selain terkenal dengan burung Merbok, di Laguna Merbok pun banyak terdapat burung Merpati.
Pada mulanya, burung-burung Merpati menghuni di rumah jiran saya. Lama kelamaan jumlahnya makin bertambah. Kini bahagian belakang rumah saya turut dihuninya. Kalau diamati betul-betul, boleh didengari pergerakannya di atas siling rumah.
Risau jugak nanti banyak najis burung akan terkumpul di situ dan menjejaskan kesihatan saya dan keluarga.
Rakan-rakan pernah alami situasi yang hampir sama? atau pernah dengar petua dari orang lain..kongsilah disini agar saya dan orang-orang yang mengalami masalah yang sama dapat mengatasinya.
Terima kasih.
29 comments:
mungkin sarangnya kena dibuang... tak pun setiap kali mereka dtg, pasangkan asap...mcm halau tebuah / lebah..
oohh...dapat bayangkan najisnya kalau dah banyak tapi maaf saya tak tau macamana nk menghalaunya...
Cuba pasang perangkap kot. Harap-harap burung tu takut dan lari.
susah juga tu,,nnti KA cuba tanya2 en hubby kalau dier tau yek !
Sembelih buat lauk pun sedap... :)
saya boleh bayangkan suasana itu. mesti ada yang menarik perhatian burung2 itu ke rumah jiran dan shaiful. kena umpan burung2 tu berhijrah ke tempat lain
Kita tak ada idea nak halau sebab kita memang suka burung merpati..macam kat Trafalgar Square...kita orang selalu lepak bagi makan dia..
Dah tanya en hubby, kata dier kalau brg2 merpati kita kena buat cari kejam sikit... hehehehe tangkap sekor dua pas tu sembelih lah depan kawan2 dier yg lain , buat depa gerun sikit.. selalunyer menjadi dan brg2 ni akan lari tempat lain !
tq Anies
takpa Kniedaz
terima kasih PMDR
ok KA
Betul jugak ksta BM..hehehe
terima kasih cikgu
memang seronok bagi makan kat burung tu,tapi belkg umah habis kotor...huhuhu
tq Raudzah Z
terima kasih KA. baik jugak cadangan tu.
Masalah ya nak tangkap sekor dulur camner
Sya pon di BLM..nk sembor chemicals
ye ke..
saya pun dah upah orang bersihkan najisnya, lps tu pasang pasang jaring dawai pd tempat-tempat burung ni selalu bertenggek. Teringin nak buat apa yg kawan2 cadangkan, tapi langkah ini sebagai permulaan. Nampaknya ada perkembangan positif...
Saya pon tgh alami masalah yg sama..ada yg cakap najis burung merpati ni bahaya..boleh bawak maut atau pnyakit bahaya...tp sy ni duduk rumah sewa..kalau tuan pon buat x heran..xkan saya nk pasang jaring sendiri..dahla rumah 2tingkat..upah mesti beratus..
en cuba pelihara kucing
en cuba pelihara kucing
Pasang dawai rentang tempat burung selalu bertenggek. Dawai tu menghalang ruang rata untuk kaki burng berpijak. Kalau dah masuk dalam siling rumah, kena musnah kan dulu sarang tu dan tutup sebarang lubang masuk yg mungkin. Semoga berjaya
Guna cuka
Senang je nak bg dia tak datang.. Setiap hari suruh dia gi hantar surat.. Bila dia balik buat surat lg suruh dia hantar.. Lama2 dia boring terus dia tak datang dah..
Sy pun alami sebab sy sewa bilik, sy bg mereka mkn beras letak racun
buatcm mana
Burung paling celaka dlm dunia...gagak pon ok lagi sbb ddk atas pokok.. tapi merpati memang x akan lepak atas pokok..dia suka lepak kawasan atap dan buat keturunan dia kat situ..halau la sejuta kali dia dtg lagi...cara terbaik tangkap dan bunuh.
Haha.. Merpati ea.. Serupa la kat rumah sy ni dalam dah mcm sarang burung.. X smpai sebulan kena tinggal rumah dah penuh dgn sarang, T@hi Burung, ama, dan mcm2 lg... Dah pernah halau.. Tp masih lg menyerbu... Aduhhaii
Post a Comment