PEMAIN Malaysia Safee Sali (jersi biru) diasak pemain Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi |
Kuala Lumpur: Malaysia mengiringi Singapura ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan itu bukan saja penting bagi memastikan misi mempertahan kejuaraan terus menyala, tetapi secara tidak langsung menyingkirkan seteru tradisi itu yang sekali lagi menjadi mangsa Harimau Malaya.
Ketiadaan S Kunanlan dan Khyrill Muhymeen Zambri yang direhatkan akibat kecederaan tidak merencatkan percaturan Datuk K Rajagobal yang masih mampu menurunkan skuad terbaik ketika menang 4-1 ke atas Laos.
Malaysia memulakan permainan agak perlahan dengan percubaan pertama muncul hanya selepas Indonesia empat kali berjaya melepasi benteng pertahanan negara dalam tempoh sembilan minit.
Bagaimanapun, pemain negara kembali mengawal permainan dan pada minit ke-27, skuad negara membuka jaringan menerusi pemain sayap, Azamuddin Akil yang merembat kencang hantaran lintang Mahali Jasuli.
Bek kanan, Mahali yang tampak begitu serasi dengan bekas rakan sepasukan dari Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor, meledak gol kedua negara pada minit ke-30 selepas menyempurnakan hantaran satu dua dengan Wan Zack.
Bersambung babak kedua, pelawat cuba bangkit merapatkan jurang menerusi gerakan pantas sayap kanannya, Andik Vermansyah, namun benteng negara yang dikemudi Fadhli Shas dan Aidil Zafuan Abd Radzak cukup sukar ditembusi.
Pujian juga harus diberikan kepada hampir 65,000 penyokong tempatan yang sepanjang perlawanan, berjaya memastikan semangat pemain Harimau Malaya terus membara untuk meraih kemenangan.
SZ: Tahniah Harimau Malaya!
4 comments:
tahniah buat malaysia
tahniah moga terus cemerlang hingga ke final nnti!
salam. Malaysia pasti menang lagi! come and check out my decent blog...tq
Tahniah buat pasukan malaysia.. :)
Post a Comment