ISTERI seorang pengembala gajah mengambil biji kopi daripada najis haiwan itu. |
BANGKOK - Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.
Gajah-gajah itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan tersebut.
Biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang merupakan antara yang termahal di dunia.
Kopi yang dihasilkan daripada najis haiwan itu dikenali sebagai Black Ivory.
Beberapa hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu.
Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77).
"Apabila seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan protein yang terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi pahit," kata Blake Dinkin yang membelanjakan AS$300,000 (RM916,649) untuk memajukan penghasilan kopi tersebut.
Sebelum mengemukakan cadangan kepada Yayasan Gajah Segi Tiga Emas yang mengendalikan pusat pemuliharaan itu, Dinkin menyatakan dia bekerjasama dengan seorang pakar haiwan yang berpangkalan di Kanada untuk melakukan ujian darah di beberapa zoo gajah.
Ujian itu menunjukkan gajah-gajah berkenaan tidak menyerap sebarang bahan kafeina kerana memakan biji kopi.
Menurutnya, gajah memakan 33kg biji kopi untuk menghasilkan 1kg kopi Black Ivory.
"Rasa kopi itu menakjubkan," kata isteri seorang warga Amerika Syarikat, Asleigh Nelson di sebuah hotel.
Sebelum ini, Indonesia turut terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang.- Agensi
SZ: Pelik-pelik manusia sekarang, kerana nakkan kepuasan dan kesedapan sanggup buat apa sahaja.
....saya suka kopi yang original.
may be lepas ni akan ada kopi tahi lembu, kopi tahi kambing.....
may be lepas ni akan ada kopi tahi lembu, kopi tahi kambing.....
10 comments:
adus!!! tahi gajah lak..hahaha...pasni tahi ape lak ye bro~dunia oh dunia
1k lbh sekilo...huhu jutawan le jawabnya pengusaha kopi tu
benda yg kotor tu selalu yg dikatakan sedap...nauzubillah..walhal yang bersih berlambak di pasaran
ish...sanggop depa nk minum ayaq ni ...
ehem macam2 keinginan pelik manusia.. ;)
gila betol la depa ni.. adoiiii..gelinya..
eehh... kopi luak tu dri musang eh? bru taw.. ingatkan dari gajah jgk.
macam2 ada, tak lalu pulak nak minum rasanya, hehe..
eee... mana lah boleh minum. kan najis... huhuhu
macam2lah kopi sekarang ni kan
Post a Comment