Tuesday, December 11, 2012

Bingkisan Dari Palestin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Hari ini saya sekadar ingin berkongsi tentang kejadian yang berlaku di bumi Palestin. Semoga kita dapat ambil pengajaran daripadanya.




Asy-Syahid (gambar) ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman. Beliau menemui syahid 16 tahun yang lalu. Kuburnya terpaksa dibuka untuk membolehkan penduduk sekitar menanam para syuhada yang baru di sebelahnya. Sudah menjadi kelaziman bagi penduduk Palestin untuk menyatukan jenazah pada liang lahad yang sama dan juga mengebumikan jenazah baru pada kubur yang telah lama digunakan. Namun kejadian yang me
ngejutkan telah berlaku apabila selepas ia dibuka, jasad Khalil masih kekal utuh tidak dimamah oleh tanah. Keadaan jenazah nampak seperti baharu saja dikebumikan satu jam yang lalu. Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud di dalam solat. Maha Suci Allah di atas apa yang Dia telah perlihatkan!

Dan benarlah seperti firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah (bahawa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya."

(Surah al-Baqarah : 154) 

Credit to: Fb Akademi Al-Quran

6 comments:

mama aini said...

assalam en.shaiful..
besarnya kuasa Allah..

Kamsiah yusoff said...

Subhanallah...

Kamsiah yusoff said...
This comment has been removed by the author.
krole said...

ya Allah...begitula kebesaran kuasa Allah S.W.T

SazRinHioRin said...

Allah maha besar..

Kasih Salina said...

ada juga saya tgk di FB..Petunjuk dari Allah swt..

Related Posts with Thumbnails