Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pagi ini saya sekadar ingin berkongsi info tentang gejala dan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
PERIKSA... selalulah berjumpa doktor bagi memastikan tahap tekanan darah anda di tahap selamat.
Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:
Kandungan air dan garam di dalam badan
Keadaan buah pinggang, sistem saraf atau saluran darah
Tahap hormon badan yang berbeza
Risiko tekanan darah tinggi meningkat sekiranya:
Obes
Sering tertekan atau cemas
Minum alkohol terlalu banyak
Mengambil terlalu banyak garam dalam diet
Keluarga mempunyai sejarah kes tekanan darah tinggi
Menghidap diabetes
Merokok
SZ: Bersama-sama kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat; makan makanan seimbang, kawal stress dan bersenam selalu.
2 comments:
Thank you for the info, sharing is caring..
thanks sudi berkongsi info yg menarik..
Post a Comment