Friday, February 10, 2012

Bonus Dua Kali Setahun.


Assalamualaikum dan selamat pagi..


Berita baik untuk siapa??? .......kakitangan awam ke swasta?




BEBERAPA Eksekutif utama Facebook, termasuk Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg (atas) layak untuk menerima bonus dua kali setahun sehingga 45 peratus berbanding gaji pokok dan pendapatan mereka yang lain, mengikut maklumat laporan syarikat itu kepada penguat kuasa, semalam. 


Facebook Inc dalam laporannya kepada Securities and Exchange Commission berkata, ia akan membayar Zuckerberg, 27, gaji kasar AS$500,000 (RM1.5 juta) setahun manakala sasaran bonus 45 peratusnya dibayar berdasarkan prestasi.


Ketua Pegawai Operasinya, Sheryl Sandberg akan menerima gaji pokok AS$300,000 (RM902,550) dan sasaran bonusnya juga adalah 45 peratus.


David Ebersman akan terus berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan menerima gaji pokok AS$300,000 (RM902,550). 



Timbalan Presiden Kejuruteraannya, Mike Schroepfer pula akan menerima gaji pokok AS$275,000 (RM827,337). 



Kedua-duanya juga mempunyai sasaran bonus 45 peratus. 



Selain itu, durian runtuh yang bakal diterima Zuckerberg dan eksekutifnya yang lain adalah daripada saham Facebook yang dimiliki. 

Syarikat itu berkata, minggu lalu, ia merancang untuk mendapatkan AS$5 bilion (RM15 bilion) dalam IPOnya. 



Jika berjalan lancar, Facebook akan mencecah nilai AS$100 bilion (RM300 bilion). 



Eksekutif lain, Timbalan Presiden dan Peguam Umumnya, Theodore Ullyot akan menerima gaji pokok AS$275,000 (RM824,777), menurut laporan itu. – AP


Credit to: Berita Harian online

1 comment:

mama aini said...

assalam en.shaiful..untungnya kakitgn FB tu..he2x..

Related Posts with Thumbnails