Assalamualaikum dan selamat pagi.
Last week, saya selesaikan urusan dokumen Ujrah pinjaman PTPTN. Dah 10 tahun bayar.....lum abis lagi..
Hari Khamis, saya mohon keluar awal untuk mematikan setem. Dek kesesakan lalu-lintas saya tiba pukul 3.35 ptg di sebuah agensi kerajaan di Sg. Petani. Saya melihat beberapa orang pegawai masih berada di pejabat. (Waktu bekerja sampai kul 3.30 ptg sj Hari Khamis).
Saya mohon untuk matikan setem. Namun saya disuruh untuk datang lain kali atau berurusan dengan agensi yang sama di Bukit Mertajam pada keesokan harinya kerana Kedah cuti hari Jumaat, atas alasan akaun telah ditutup.
Tanpa banyak soalan saya pun terima kenyataan bahawa saya tak dapat uruskan Ujrah pada hari tersebut.
Eoknya saya ke Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, di Bertam yang jaraknya lebih kurang 30km dari rumah. Saya terkejut kerana nak matikan setem hanya perlu cop.....tak melibatkan apa-apa akaun.
Hairan-hairan...mengapa pegawai di agensi yang yang jumpa sebelum ni tak boleh nak buat...atas alasan akaun telah ditutup...
Pejabat Daerah dan Tanah SPU |
Pejabat Pos Bertam. |
10 comments:
susah zaidi sebab jabatan yang jaga stampad dah tutup, buku rekodnya disimpan.. jadi tak boleh la nak cop hari tu.. apa punya penyegan la depa ni.. hish...
assalam en.shaiful..kerenah jabatan2 kerajaan ni dari dulu tak pernah berubah..selalu menyusahkan pengguna yg perlukan khidmat dia org !!...hu2x..
Salam tuan...kadang2 x perlukan cop pun cukup garis dua melintang dan tulis tarikh....yang penting duti stem dah kita bayar....entahlah...karenah2...
@ Pakjoe
salam pak joe...
may b salah aku jugak pak joe...aku terlewat sikit..tapi kdg2 kena ada budi bicara...kalau waktu abis kerja punctual, masuk kerja pun kena punctual juga la...
@ MaMa AiNi
salam mama...nak buat mcm mana mama, kita amat memerlukan khidmat mereka, terpaksalah follow. kalau tidak kita jugak yg susah...
@ Tokan
salam tuan...ya ka boleh mcm tu..
teringat saya kpd lecture...Birokrasi-Max Weber
memang macam tu lah kerenah depa bekerja. Semua peralatan pejabat tu mungkin disimpan awal dn malas nak keluarkan semula. Saya juga dah biasa terkena mcm tu
@indah.com
salam... may b pengalaman yg sama turut dirasai oleh ramai lagi blogger/pembaca di luar sana...
moga delivery system diperkemaskan...
biasa la lagunamerbok. depa ni byk kerja. keje mengecop ni agak sukar, mengambil masa yang panjang dan prosedur banyak. fuh memang mencabar keje diorang. kita perlu memahami mereka. sabar ye....
@roha
thanks roha...sabar jer la...hehehe
Post a Comment