Kat Laguna memang banyak monyet yang mendiami hutan paya bakau berhampiran dengan Sg. Merbok. Jika anda ke jeti Laguna, anda mungkin berjumpa dengan monyet-monyet ini. Tapi anda tak dibenarkan memberi makan monyet-monyet ini (berdasarkan sign board yang ada di situ).
Kadang-kadang, monyet-monyet ini akan mencari makanan di tong sampah penduduk di situ. Ada yang terpaksa menambat tong sampah mereka kerana monyet-monyet bukan sahaja makan sisa makanan yang ada, tapi tong sampah itu turut dilarikan.
2 comments:
assalam..kenapa sekarang ni banyak sgt monyet yg dtg kekawasan perumahan atau bandar?...agaknya dah takde makanan kat dlm hutan lagi?...
@ MaMa AiNi
salam mama....pd pendapat saya, byk kaw. hutan kena ceroboh...so monyet2 dah kekurangan sumber makanan di habitat asalnya. sebab tu dia keluar ke kaw. perumahan dan bandar.
Post a Comment