Bandar Laguna Merbok |
Suatu masa dahulu, Laguna Merbok merupakan antara kawasan perumahan paling selamat di Sungai Petani. Namun, sejak akhir-akhir ini, kecurian dan cubaan pecah rumah semakin menjadi-jadi.
Baru-baru ini, saya pernah menulis tentang kehilangan motosikal di kejiranan Valencia. Kelmarin dan malam tadi, berlaku dua kejadian cubaan pecah rumah di komuniti Laguna Merbok.
Saya berharap pihak-pihak berwajib khususnya pihak polis dan keselamatan di sini meningkatkan rondaan dan kawalan keselamatan agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi.
Kepada warga Laguna Merbok, berhati-hatilah dan ambil langkah-langkah pencegahan agar kejadian yang sama tidak berlaku kepada kita.
Semoga Allah memberi perlindungan kepada kita semua.
2 comments:
sekarang ni aktiviti ini berleluasa kerana org2 yg ingin mencari wang dgn cara yg mudah..(mencuri & menyamun)..hu2x..ya en.shaiful kena berhati2..kerana mereka semakin berani bertindak ganas sewaktu melalkukan aktiviti mencuri ini..
@ MaMa AiNi
insyaAllah saya dan family akan lebih berhati-hati...
mereka semakin berani, waktu siang pun mereka datang...
Post a Comment