Monday, August 8, 2011

Panduan Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadan:


Assalamualaikum dan selamat pagi..
Berikut ialah beberapa tips pemakanan sihat untuk panduan bersama..Selamat berpuasa. Semoga anda sentiasa ceria.



  • Mesti bangun bersahur, walaupun hanya untuk makan sedikit sekeping roti dan secawan coklat panas. Lebih baik jika ada kurma dan sedikit buah-buahan. Sepatutnya sajian paling berat diambil ketika sahur, bukannya berbuka.

  • Pilihlah sajian yang me�ngandungi karbohidrat kompleks dan kaya dengan serat seperti bijirin dan kekacang. Contohnya roti gandum penuh, beras perang, kacang dal, buah-buahan dan sayur-sayuran terutama ketika sahur. Ini kerana kandungan serat akan membuatkan kita berasa cepat kenyang, membantu mengawal paras gula dalam darah. 

    Apabila berpuasa, kandungan asid dalam perut akan meningkat dan boleh membuatkan ketidakselesaan atau sakit perut. Makanan kaya serat boleh membantu meneutralkan asid dan me�ngurangkan ketidakselesaan perut ketika berpuasa. Harus diingat, kita juga perlu minum banyak air bagi mengurangkan penghasilan angin atau gas berlebihan dalam badan.

  • Ketika berbuka, mulakan dengan satu atau dua biji kurma. Inilah cara terbaik untuk berbuka seperti amalan Nabi Muhammad yang memulakan dengan hidangan ringan (kurma dan air).

    Kita juga boleh minum jus buah untuk membantu meningkatkan paras gula yang menjadi rendah sepanjang hari kita berpuasa. Kurma dan jus buah memberi tenaga segera selain mengelakkan masalah kekurangan air. 

    Pilih makanan yang dipang�gang, kukus atau rebus. Jika mahukan makanan bergoreng, gunakan sedikit saja minyak ketika memasak. Seandainya anda membeli juadah di bazar Ramadan, elakkan memilih makanan yang banyak minyak atau dimasak menggunakan santan.

    Terlalu banyak makan terutama makanan bergoreng, banyak lemak, pedas dan berempah boleh menyebabkan masalah penghadaman. Untuk mengatasinya, makanlah secara bersederhana dengan melebihkan pengambilan sumber serat dan minum banyak air masak.

    Sembelit akan menyebabkan perut berasa tidak selesa dan kembung. Ia biasanya disebabkan terlalu banyak makan makanan proses, tidak cukup air dan sumber serat. 

  • Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga betul-betul lumat sebelum ditelan. Apabila kita mengunyah terlalu cepat, kita akan terdorong untuk makan banyak. Selain itu kita juga secara tidak langsung akan menelan banyak udara yang boleh menyebabkan masalah perut kembung keesokan harinya. 

    Ingat, badan kita me�ngambil masa lebih kurang 20 minit untuk menghantar isyarat ‘kenyang’ kepada otak. Justeru, jangan gelojoh kerana bersopan santun ketika makan mencerminkan keperibadian yang mulia. 

  • Minuman terbaik ialah air masak. Boleh berbuka dengan air manis tetapi jangan minum terlalu banyak kerana kemanisan itu menyebabkan kita cepat letih ketika berpuasa. Namun elakkan berbuka dengan air berkarbonat kerana ia boleh membuatkan anda mengalami masalah perut kembung dan berangin.

    Minum air masak secukupnya (antara satu hingga satu setengah liter air) dalam tempoh selepas berbuka sehinggalah sebelum masuk tidur. Ini penting supaya badan boleh melaraskan paras cecair dalam badan keesokan harinya.

    Tahukah anda, keletihan dan sakit kepala yang dialami kebanyakan orang sepanjang Ramadan sebenarnya disebabkan kekurangan air dalam badan.

    Kopi dan teh juga boleh diambil tetapi ia mempunyai kesan diuretik iaitu yang me�nyebabkan kita banyak buang air kecil. Justeru, air yang keluar dari badan ini perlu diganti bagi mengelakkan masalah kekurangan air dan masalah yang berkaitan dengannya.


    credit to: Harian Metro online
  • No comments:

    Related Posts with Thumbnails