Monday, August 15, 2011

Iftar Valencia di Surau Andalusia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Petang tadi berlangsung majlis berbuka puasa (iftar) yang dianjurkan oleh Kelab Valencia, Laguna Merbok di Surau Andalusia. Ramai juga tetamu yang hadir. Tetamu dihidangkan dengan bubur lambuk, dadih, kuih-muih dan nasi. Majlis iftar ini sebenarnya diadakan setiap hari di surau ini. Cuma penganjur/penyumbang untuk majlis ini berbeza. Ia boleh dikatakan moreh, walaupun kebanyakan moreh hanya diagihkan selepas solat terawikh.

Moga-moga majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim antara warga Laguna Merbok dan sesiapa sahaja yang terlibat.


Tetamu mula sampai. 

Pakcik Zainal dan En. Zul sedang mengagihkan dadih.

Kelihatan Abg Amran dan tetamu lain sedang menunggu azan Maghrib.

Hidangan awal berbuka.

Kelihatan Tn Imam dan Us. Yaser

Kanak-kanak turut serta.

Tetamu mengambil nasi.

Tetamu sedang menikmati juadah.

Warga Valencia sedang membantu tetamu mengambil makanan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails