Gambar Hiasan. |
Sejak malam pertama Ramadhan, bunyi mercun sudah kedengaran di sana sini. Jika anda ke bazar Ramadhan, anda mungkin akan bertemu dengan mercun yang dijual secara terbuka. Peniaga mercun juga semakin berani, seolah-olah jualan mercun dibenarkan.
Ketika kita sedang solat terawikh, kadang-kadang terasa kita seperti berada di zon perang. Bunyi mercun kedengaran dari mula takbir hingga salam.
Ibubapa sepatutnya mengawal anak-anak agar tidak bermain mercun. Bermain mercun lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
6 comments:
ops pocot!!! heiii mana leh main melecun ......nanti tebakau diri tu...hahahahaha
slm..mama pun geram ngan ibubapa mcm ni..kat kws perumahan mama dekat sgt ngan masjid mlm pertama berpuasa knk2 dah start main mercun..hu2x...memang betul ibubapa diaorg tak pantau ank2 mereka, tak hormati org sdg solat terawih kat masjid..hu2x..
@ tunz
mercun antara punca kecederaan dan kebakaran..
@ MaMa AiNi
salam mama...ya sepatutnya pemantauan dibuat agar anak yg datang solat terawikh tidak terlibat dgn pembakaran mercun..
setakat mercun tak per lagi... kawasan perumahan saya main meriam kabait lagi tu... mengejutkan anak2 kecil yg sedang tidur. di tengah2 taman permainan kanak2 sambil diperhatikan ibubapa budak yg bermain meriam tu. tak menghormati bulan ramadhan langsung. harap polis tangkap mereka semua ni dan masukkan dalam lokap sampai habis syawal baru dilepaskan.. supaya mereka berpuasa dan beraya dalam lokap jer... kesian pakcik yg nak solat terawih pun tak betul bacaannya. dan tu nak tidur mlm pun tak boleh...
@hamba Allah
salam saudara/ri...
memang banyak kesan buruk pembakaran mercun, meriam kabait/buluh dan seumpamanya..
pemantauan dan penguatkuasaan undang2 yg lebih tegas perlu terhadap penyeludup/pengimport, penjual/pembeli dan sesiapa saja yang terlibat dlm pembakaran mercun.
Post a Comment