Salam dan selamat pagi...
Saya baru sahaja pulang dari Pasar Borong Sg. Petani. Pagi ni, pasar borong S.P kurang sibuk. Masih ramai peniaga yang bercuti. Nak beli ikan pun susah, kena tunggu lori datang baru beli. Menurut peniaga di situ, "Lori tak jalan....cuti Tahun Baru Cina lagi....".
Nasib baik ada sebuah lori ikan sampai...kalau tidak tak tercapai hasrat saya pagi ni..Hari ni ada 'orang baru' nak datang rumah, so kena prepare lebih sikit la...
Sebenarnya saya jarang pergi pasar borong...Ini baru kali ke-4, sejak saya tinggal di sini. Harga ikan, sotong, udang dan lain-lain di pasar borong memang lebih murah berbanding di pasar biasa atau di kedai.
Pagi-pagi lagi, pasar borong sudah ceria dengan pelbagai gelagat manusia.
Kalau anda berkesempatan, tinjau-tinjaulah pasar borong di tempat anda.
No comments:
Post a Comment