Pages

Friday, July 22, 2011

Di Ambang Ramadhan.

Alhamdulillah malam tadi, saya berkesempatan mendengar ceramah yang disampaikan oleh Sheikh Ahmad Fisol Hj. Omar, Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu di Surau Andalusia Bandar Laguna Merbok.

Ceramah beliau bertajuk Di Ambang Ramadhan amat menarik dengan diselangi cerita jenaka. Beliau memulakan dengan kisah umat-umat terdahulu yang disyariatkan berpuasa. 

Menurut beliau, umat Nabi Adam berpuasa selama satu bulan iaitu tanpa makan dan minum. Walau bagaimanapun, saiz umat Nabi Adam a.s amat besar berbanding kita umat Nabi Muhammad S.A.W. Ketinggian umat Nabi Adam mencapai 60 hasta (atau 90 kaki). Sebab itu, mereka dapat hidup tanpa makan dan minum selama satu bulan.

Umat Nabi Daud a.s pula disyariatkan berpuasa selama setengah tahun (selang-seli/sehari berpuasa,sehari tidak).

Kita, umat Nabi Muhammad (S.A.W) disyariatkan berpuasa selama sebulan, tetapi boleh makan pada sebelah malamnya. Walau bagaimanapun, ramai juga yang tidak berpuasa.

Tambahnya lagi, bulan Ramadhan ialah bulan rahmat. Ramadhan bulan kemuliaan. Amalan dalam bulan Ramadhan didahului dengan ibadah solat Tarawikh pada malam 1 Ramadhan. Beliau juga menjelaskan tentang tahap-tahap puasa, kelebihan puasa dan bersedekah pada bulan Ramadhan.

Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini dapat mentarbiah hidup kita untuk menjadi insan yang beriman dan bertaqwa.


"RAMADHAN KARIM"



5 comments:

  1. @ kak lang
    amin...
    Ramadhan bulan berkat.

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan .moga ramadhan kali ini dipenuhi dgn ibadah dan diberkati olehNya.amin.

    ReplyDelete
  3. @ tunz
    salam...mudah-mudahan.
    Amin...

    ReplyDelete
  4. sekejapnya masa beredar !!..kini ramadhan datang lagi..

    ReplyDelete