Pages

Thursday, June 16, 2011

Pusat Servis Kereta Untuk Wanita.

Gambar Hiasan.
Beberapa bulan lepas ketika bersembang dengan beberapa orang rakan, salah seorang rakan yang saya amat hormati telah mengutarakan satu idea yang sangat bernas.  Beliau menyatakan,"Alangkah baiknya kalau ada pusat servis kereta khas untuk golongan wanita yang mana mekaniknya terdiri daripada wanita, serta disediakan kemudahan seperti salun dan spa untuk kemudahan mereka ketika menunggu kereta mereka di servis."

Sekarang ini di negara kita, bas khas untuk wanita sudah ada, koc komuter (pink) untuk wanita pun sudah ada. Di luar negara, teksi khas untuk wanita pun ada. Cuma pusat servis kereta khas untuk golongan wanita belum ada.

Bas wanita

Koc komuter wanita.

Teksi wanita
Wanita dah ramai yang memiliki kereta sendiri. Tapi bila nak pergi servis kereta, ada kurang selesa kerana terpaksa berurusan dengan lelaki. Bagi yang sudah berumahtangga, majoritinya suamilah yang akan pergi servis kereta. 

Eloklah pusat-pusat servis kereta khas untuk wanita diwujudkan. Wanita sekarang sudah menguasai bidang yang dulunya didominasi oleh lelaki. Kerjaya sebagai mekanik bukanlah lagi kerjaya hanya untuk lelaki. Negara kita ada banyak pusat latihan yang boleh melatih wanita dalam bidang mekanikal dan automotif.

Justeru itu, usahawan-usahawan di luar sana. Rebutlah peluang ini!

2 comments:

  1. elok jika ada pusat servis kereta utk wanita ni kerana kat m`sia ni rata2nya wanita drive kereta sendiri!!!..mungkin dlm masa terdekat ia akan jadi kenyataan..aha wanita semakin dihargai!!.. THANKS pihak2 yg berkaitan..

    ReplyDelete
  2. @ MaMa AiNi
    ya akak..mmg ramai wanita yg drive sendiri skrg. Selain hantar kat pusat servis, wanita pun kena ada basic knowledge how to repair car.

    ReplyDelete