51 laman web kerajaan digodam, SKMM usaha sekat serangan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 51 laman web .gov.my digodam sehingga awal semalam menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Namun, suruhanjaya itu berkata, ia yakin tempoh memulihkan kesemua laman web diserang itu tidak akan mengambil masa yang lama.
“Pemantauan kami mendapati serangan semakin kurang menjelang 4 pagi tadi (semalam), dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesannya serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil,” kata SKMM dalam satu kenyataan.
Serangan itu berlaku berikutan satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali “Anonymous” untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.
Suruhanjaya itu berkata terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my malam kelmarin tetapi gagal.
Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar menjalankan usaha memantau dan menyekat serangan itu.
Orang ramai diminta melaporkan sebarang maklumat yang mereka ada mengenai identiti penggodam itu kerana tindakan mengganggu perkhidmatan rangkaian adalah satu kesalahan serius.- Bernama
glomer betul anonymous sekarang...
ReplyDeletejahat sungguh anonymous tu, saja nak buat kacau..tapi berselindung disblk nama..semuga pihak berwajib akan dpt membendung dengan segera anasir2 begini dgn segera !!!...
ReplyDeletenasib baik aku punya blog tak di hackednya...
ReplyDelete@ yatie Awang
ReplyDeleteSalam Pn Yatie...mmg glamer sejak serang .gov.my.
@ MaMa AiNi
ReplyDeleteSalam Kak Aini..Anonymous dah jd ancaman kpd keselamatan negara. Moga pihak2 berwajib pt menangkis serangan hackers ini..
@ merahkuning36
ReplyDeleteSalam Tn..
Dulu blog saya pernah dikomen 'Anonymous', tp sekrg dah disekat..
Hopefully,jgnlah serang blog2 kite...