Sunday, May 15, 2011

Suasana Di Jeti Semeling Sempena Lawatan Raja Permaisuri Agong.



Lanskap bunga-bungaan yang menarik.

Banner

Bot Diraja

Sg Merbok

Laluan ke Bot Diraja

Kelihatan Restoran D'Jeti 8 Beradik

Sampan-sampan nelayan

Jambatan Semeling
SUNGAI PETANI: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah hari ini menyusuri Sungai Merbok dekat sini untuk melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar sungai itu. 

Baginda yang diiringi Sultanah Kedah, Tuanku Hamimah Hamidun tiba di Jeti Semeling dari Alor Setar kira-kira jam 10.25 pagi.
Ketibaan Raja Permasuri Agong di Jeti Semeling turut disambut ratusan murid-murid sekolah yang berbaris hampir 150 meter dari simpang jalan besar ke jeti tersebut, selain rakyat tempatan yang hadir untuk melihat baginda dari dekat.
Sejurus tiba, baginda turut dibawa melawat Muzium Kayu Bakau dan dipersembahkan dengan tayangan video mengenai hutan kayu bakau yang terdapat di Sungai Merbok. 

Tuanku Nur Zahirah bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sedang dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Kedah bermula semalam. 

Tuanku Mizan mempunyai acara berasingan. 

Tuanku Nur Zahirah meluangkan masa lebih setengah jam menaiki bot bersama Tuanku Hamimah dan isteri pembesar-pembesar negeri menyusuri Sungai Merbok hingga ke muaranya untuk melihat hutan kayu bakau dan ternakan ikan dalam sangkar. 
Kira-kira jam 12.30 tengah hari, baginda dan rombongan berlepas pula ke Gunung Jerai di Gurun, kira-kira 30 kilometer dari sini untuk santapan tengah hari di Jerai Hill Resorts. - BERNAMA 

Sumber: Berita harian online

No comments:

Related Posts with Thumbnails