LOS ANGELES 16 Mei - Filem 3D, Thor mengekalkan kedudukan teratas carta Box Office Amerika Utara untuk minggu kedua berturut-turut, sementara filem komedi, Bridesmaids membuat kejutan untuk berada kedudukan kedua carta.
Menurut anggaran yang dikeluarkan, jualan tiket bagi filem yang diadaptasi daripada komik Marvel itu telah mencecah AS$34.5 juta (RM103.5 juta) sepanjang minggu lepas manakala filem Bridesmaids mencatat jualan tiket sebanyak AS$22.4 juta (RM67.2 juta).
Filem aksi, Fast Five pula berada di kedudukan ketiga carta dengan kutipan AS19.5 juta (RM58.5 juta) diikuti dengan filem seram, Priest di tempat keempat dengan kutipan sebanyak AS$14.5 juta (RM43.5 juta). - Reuters
Sumber:Utusan online
No comments:
Post a Comment