Gambar hiasan-Duit serkarang |
KUALA LUMPUR 23 Mei - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan reka bentuk siri baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia pada awal 2012.
Tema reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri khusus bagi Malaysia dan juga ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.
''Pengeluaran wang kertas dan duit syiling ini merupakan satu usaha yang diambil secara berkala dalam tempoh dua belas tahun,'' kata BNM dalam kenyataannya di sini hari ini.
Reka bentuk wang kertas siri keempat yang baharu iaitu adalah denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran.
Duit syiling yang mempunyai reka bentuk baharu pula adalah siri yang ketiga bagi denominasi lima sen, 10 sen dan 50 sen. Siri baharu wang kertas dan duit syiling itu bakal berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dalam edaran.
Sumber: Utusan online
No comments:
Post a Comment