Assalamualaikum dan Selamat Pagi.
Adakah Anak Anda Hadir Ke sekolah Hari Ini?
Semalam, ketika melintasi sebuah sekolah di daerah Kuala Muda, Kedah saya melihat banner yang cukup menarik.
Ia satu inisiatif yang amat baik yang diambil oleh pihak sekolah. Syabas diucapkan!
Hari ini, ramai ibubapa/waris yang tidak sedar bahawa ada di kalangan anak-anak mereka yang tidak hadir ke sekolah walaupun mereka sendiri yang menghantar anak-anak/jagaan mereka di pintu pagar sekolah.
Ada juga anak-anak yang hadir ke sekolah tetapi ponteng kelas-kelas tertentu.
Guru-guru boleh memantau kehadiran pelajar dengan menggunakan buku rekod kehadiran.
Kehadiran di kelas pula boleh dipantau melalui buku rekod pemantauan kelas atau diari kelas.
Ibubapa/waris perlu menghubungi pihak sekolah jika mereka curiga dengan dengan kehadiran anaknya/jagaannya ke sekolah.
Justeru itu, kerjasama antara ibubapa/waris dengan guru-guru amat penting bagi memastikan kehadiran pelajar ke sekolah.
saye hadir :)
ReplyDelete@fyy mokhtar
ReplyDeletebaguslah....
salam
ReplyDeleteakak kesian kat mak bapa yg ditipu..dikelentung anak2 mcm tu...ada yg keluar rumah lengkap beruniform...tp dlm beg sekolah ada baju lain...melencung ke lain...
@Kak Kamsiah
ReplyDeleteSalam akak...
betul akak....ada pelajar yg di rumah, pijak semut pun tak mati, tapi di luar lain pulak perangainya.....ramai pelajar suka berpeleseran di pusat2 membeli belah/game centre pd waktu sek.
cipa bkn tiap2 ari tp tiap2 modul kne dtg.klu xkne bar exm..:'(
ReplyDelete@Nurfazilah Cipa
ReplyDeleteCipa dah kat IPT...kalu x hadir kelas kena ban exam..tp adik2 kat sek, kalu x datang sek. pun, boleh ambil exam..sebab itu ada yg amik kesempatan.