Tuesday, February 8, 2011

Mengapa hanya gadis Melayu dirasuk?


Kes ini berlaku betul-betul di ruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku 
di asrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis Melayu dan 

tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India . Di mana 
salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan. 


kes histeria disekolah kat BSB...... 


Misteri di Asrama Puteri terjawap! 


Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak 

berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka 
merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. 

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. 
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu 
ketua jin itu pun datang. 

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. 
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan 
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin 
itu!!! 

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si 
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya 
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu. 

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" 
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam" 

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... 

""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan 
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat" 
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik 
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK....."" 

""Aduhai... kekekeekeeee..."" 


6 comments:

analia buyani said...

hahahaa..hampeh btol ketua jin tuh..

Shaiful Zaidi said...

@Analia buyani
mmg ketua jin tu hampeh...hehehe

mr. mama said...

kakakaka.....
haru biru ooooo....

Yatie said...

Ya ampunnnnnnn....suspen jek....tipah tertipu....lawak jek..

Shaiful Zaidi said...

@Mr Mama
kukuku...

Shaiful Zaidi said...

@Kak Yatie
saja nak buat suspen citer ni....

Related Posts with Thumbnails