Friday, August 20, 2010

2 Hospital

Salam Ramadhan...Sedar atau tidak, hari ini adalah hari ke-10 umat Islam berpuasa. Tahniah kepada semua yang berjaya berpuasa sehingga hari ini. Kita harus bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah kesihatan untuk menyempurnakan ibadah puasa.

Beberapa hari yang lalu, saya telah berkunjung ke dua buah hospital iaitu Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana ada urusan dan menziarahi saudara yang terlantar di sana.

Kedua-dua hospital baru ini memang setanding dengan hospital swasta dari segi infrastuktur dan kepakaran. Berkunjung ke hospital memang menginsafkan kita apabila melihatkan kepelbagaian ragam manusia di sana. Jika anda sakit, anda pasti rasa bersyukur kerana masih ramai orang yang sakitnya lebih teruk daripada anda. Jika anda sihat, pasti anda akan lebih menjaga kesihatan anda kerana melihat kesan yang diterima ke atas orang yang berpenyakit.

Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sg. Petani.


Pameran di ruang legar HSAH.


Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.


Kanak-kanak di bawah 12 tahun dilarang melawat pesakit di wad HSB.


Emak saudara saya yang terlantar di HSB.

"Ya Allah, sembuhkan penyakit yang dihidapi oleh emak saudaraku. Panjangkan umurnya."

Amin
Related Posts with Thumbnails