Friday, December 18, 2015

Iklan Kekosongan Jawatan Pensyarah di Kolej Matrikulasi, KPM.

Iklan sikit...:

Iklan Kekosongan Jawatan Pensyarah di Kolej Matrikulasi, KPM.

Permohonan adalah dipelawa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjawat jawatan sebagai pensyarah di Kolej Matrikulasi, KPM.

SYARAT-SYARAT:

1. PPP (Guru atau pegawai KPM ) gred  DG44 sahaja.
2. Mempunyai Ijazah dalam bidang pengkhususan yang dipohon.
3. Pengalaman mengajar subjek pengkhususan 3 tahun berturut.
4. Prestasi (LNPT) melebihi 85%  bagi 3 tahun terkini.
5. Bebas tindakan tatatertib/SPRM/pinjaman tegar.
6. Diperaku oleh Ketua Jabatan atau Guru Besar/Pengetua Sekolah.

SUBJEK PENGKHUSUSAN:

1.Kokurikulum
KM Labuan/KM Johor/KM Kedah/KM Teknikal Kedah/KM Teknikal Johor/KM Teknikal Pahang

2.Ekonomi
KM Labuan/KM Johor/KM Kedah/KM Pahang/KM Perlis

3.Perakaunan
KM Labuan/KM Perak/KM Kedah/KM Pahang

4.Pengurusan Perniagaan
KM Negeri Sembilan/KM Labuan/KM Perak/KM Perlis

5.Bahasa Inggeris
KM Melaka/KM Negeri Sembilan/KM Labuan/KM Johor/KM Kedah/KM Pahang/KM Teknikal Kedah/KM Teknikal Johor

6.Pendidikan Islam
KM Labuan/KM Teknikal Pahang

7.Sains Komputer
KM Melaka/KM Negeri Sembilan/KM Labuan/KM Pahang

8.P. Kejuruteraan Awam
KM Teknikal Kedah/KM Teknikal Pahang/KM Teknikal Johor

9.P. Kejuruteraan Mekanikal
KM Teknikal Kedah/KM Teknikal Pahang/KM Teknikal Johor

10.P. Kejuruteraan Elektrik
KM Teknikal Kedah/KM Teknikal Pahang/KM Teknikal Johor

Borang permohonan boleh di muat turun seperti dibawah atau melalui laman web www.moe.gov.my/v/bm

Borang permohonan (Lampiran B) dan perakuan ketua jabatan (Lampiran C) yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Pengarah Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6-7, Blok E15, Parcel E,
Kompleks Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JANUARI 2016 (AHAD)

Untuk pertanyaan lanjut:
Pn. Norazlin bt. Mokhli/Pn. Norshahida bt. Md Nayan - 0388844063
En. Mohamad Amin b. Osman - 0388844008

3 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus ni. Peluang untuk mereka-mereka yang ada syarat ni dan rasa nak ubah angin jadi tenaga pengajar di Kolej Metrikulasi pula.

shaiful said...

Ya sesiapa yg berminat especially cikgu2 yg berkhidmat di sekolah..

Abam Kie said...

Wah! x de kosong di KM Kota Bharu. Maknanya ramai gak pensyarah2 BI nk kerja di Kelantan ye? Cuma cikgu2 BI je yg x cukup di sekolah2 di Kelate. Huhuhuhu..

Related Posts with Thumbnails